Tuesday, August 18, 2009

PRK selepas Permatang Pasir

Tindakan Gobi membuat honar pada hari penamaan calon PRK N11 di IPKN, Bukit Mertajam baru-baru ini memungkinkan akan berlaku PRK sekali lagi melibatkan kawasan Parlimen Padang Serai. Gobi yang telah dihadapkan ke Mahkamah Bukit Mertajam atas tudohan menghalang penjawat awam melaksanakan tugas memungkin sesuatu yang tidak dijangkakan boleh berlaku. Beliau juga di lihat menampar pegawai polis yang sedang menjalankan tugas, ini satu kesalahan berat dimana tindakan diambil seolah-olah negara tiada undang-undang malah melibatkan pegawai penguatkuasa berpakaian seragam, jika Mahkamah memutuskan tindakan beliau bersalah, hukuman yang dijatuhkan mungkin menyebabkan beliau kehilangan 'title' Yang Berhormat sebagaimana sekarang. Kita tunggu sama-sama apa yang akan berlaku. Apakah satu pilihanraya kecil selepas Permatang Pasir akan menjadi kenyataan.....

Monday, August 17, 2009

PERMATANG PASIR

Perang Poster telah bermula. Parti-parti politik yang terlibat telah mula memasang bendera dan sepandok-sepandok dikawasan yang mana terdapat banyak sokongan. Pada masa ini poster-poster yang di pasang oleh PAS dilihat mendahului BN. BN belum lagi memasang poster kecuali di pusat-pusat gerakan parti pilihan raya. Mengulas pilihanraya ini PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dan UMNO BN mempunyai peluang 50/50. Isu semasa dalam Pakatan Rakyat dan perpecahan sokongan bukan 100% ahli UMNO kepada BN akan mencorakkan keputusan pilihanraya nanti. Hampir 75 pengundi berdaftar adalah Melayu akan menentukan kejayaan calon. Semua pilihan raya kecil di Semenanjong Malaysia setelah PRU12 yang lalu telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat Bagaimanapun statistik menunjukkan sokongan Melayu kepada UMNO BN telah mula bertambah setelah kejutan dalam PRU12 yang lalu. Apa yang pasti Permatang Pasir adalah kubu kuat PAS. Sebelum Pakatan Rakyat ujud kerusi Permatang Pasir adalah milik PAS.Apakah UMNO BN akan membuat kejutan pada PRK N11 ini sama-sama kita tunggu dan lihat.